Tuesday, August 26, 2008

Idea resipi di bulan puasa


Bulan Ramadhan bakal berkunjung lagi seminggu
Bagi yang berkenaan diharapkan anda sudah qada'kan
puasa anda.(Yang menulis ni masih belum)

Di hari pertama setibanya di Jakarta saya telah mengalami pengalaman Jalan-Jalan Cari Makan di Jakarta.Selain dari kena tipu oleh Pak Taksi dimana kitaorg membayar 50,000 rupiah untuk ke Manting sedangkan kwn2 lain hanya membayar 20,000 rupiah, everything was great.

Actually Mazrul and kawan-kawan Indonesia saya yang lain selalu menyebut tentang Nasi Goreng Gila. Asyik terngiang-ngiang di fikiran macamana la rupa Nasi Goreng yang dikatakan sgt famous di Jakarta ni. Tapi selepas merasainya, it just click in my head.

"aku pun boleh masak nasik ni" hehe.

So,ni bahan-bahan dan cara-caranya:

Bahan-Bahannya:

Nasi Goreng Kicap

Sosej yang sudah digoreng(mengikut rasa)

Fishball yang sudah digoreng(mengikut rasa)

Sayur yang dah masak(tapi sy tak nak letak sbb sy tak makan sayur)

Keropok(suka atila nak kepok ape,lekor,pringgles)

Cara-Caranya :

Masukkan nasi goreng kicap di dalam kuali kemudian campurkan sosej dan fishball.Gaul. Selepas sebati,masukkan ke dalam pinggan kesukaan anda.Hiaskan nasik dengan keropok kesukaan anda.

Hidangkan.

Petua: Nasi goreng Gila dinamakan sebegitu kerana cara memasaknya yang campur semua sekaligus kemudian kena jerit "yeeeha,gila,gila" semasa menggorengnya.

Nantikan resipi Pisang Bakar Manting di entri saya akan datang.

0 comments: