Thursday, October 30, 2008

Keseronokkan? hanya datang sementara dimana ia takkan datang kalo kita tak bekerja dengan keras

Tempat kitaorg berseronok!

Sudah hampir 3 bulan kami pulang dari Jakarta.TQ again to Danny sebab mengingatkan bahawa aku sebenarnya memang ada mengambil gambar semasa disana. Anyway, rambut palsu sudah ditanggalkan,baju 70 an sudah dipulangkan. Sekarang mari kita bekerja dengan bersungguh-sungguh pula.


Berseronok memang seronok kan?. Dah nama pun seronok. hehe. Ingat tak motto kita Freedom Fighters tersayangku? "Kalau bekerja,bekerja bersungguh-sungguh. Kalau bermain,bermain bersungguh-sungguh.Don't play safe".

Ok "Don't play safe tu personal motto aku".

Semasa di Jakarta aku telah membuat banyak kerja gila dimana aku buat berseorangan. Bukan takdak geng ok. Aku taknak rosakkan geng aku dengan mentaliti aku masa tu. Antaranya:
  1. ______ __________ _______ (takleh cerita lah)
  2. ________ ______ ( ni pun lagi takleh cerita)
  3. ______ ________ (ni Nabil je tahu)
Selepas balik Kl, aku rasa menyesal and sangat takut kalau ada gambar masa aku buat kesalahan tu disnap sesiapa. Apatah lagi gambar tu dijadikan slideshow. Serious kawan-kawanku, setiap kali kita pasang slideshow ttg percutian kita di Jakarta aku rasa nak lari je....or tutup mata.
Anyway, nak tau jugak ke apa aku dah buat?

ok la

  1. Aku maki kat makcik cleaner sebab tumpahkan detergent kat dress aku.
  2. Aku tendang tayar sebuah taksi disana sebab tipu duit aku.
  3. Aku amik gambar ngan seorang maknyah yg tak dikenali dengan aksi yang arghh!! aku tak sanggup nak teruskan ayat ini.
Anyway, aku dah berdosa.
Aku nak bekerja keras ni.

2 comments:

e.K said...

huhuhuu.....seronok nye bercuti...lain kali ajak la sayep~

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

ok!nt kita buat holiday yang havoc punya.