Ku harap kau tahu apa yang ku ingin dariku
tak semuanya yang terduga di fikiranmu
Ku mahu jadi sempurna seperti kamu ajarkan
tapi maksud sempurna itu bagi kita berbeza
Sorry,
Ku terlanjur tidak menjadi si penyelamat dunia
atau si genius seperti Asyrani
atau seorang pengagama mulia
Aku telah menemui duniaku kini
Mummy,
akak telah menempuhi sebuah dunia yang sangat kejam
tapi akak tahu disebalik dunia itu
akak akan bertemu dengan dunia yang akak idam
Mummy,
akak sakit,tapi percayalah
tak sesakit seperti mummy menyara akak dulu
Mummy,
akak tiada kekesalan
pengorbanan datang dulu selepas kejayaan
Cuma,
akak menyesal sebab hanya mengingati mummy dimasa akak susah
Friday, May 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kamu..nama saya ameirul azraie :)
owhh ter-switch e and i
OK!
Post a Comment